Thursday, 21 January 2016

PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN

Salam semua and hi..Rasanya tak terlambat lagi nak wish Selamat Tahun Baru 2016!!!
Selalunya bila masuk je tahun baru ni kebiasaanya orang akan cakap pasal azam tahun baru. Sooo..mesti ramai adik-adik manis yang berazam untuk kahwin..abang2 tu pon sama ..so post saya ni khusus untuk org yg plan nak kahwin..bukan berkahwin sekali lagi ye..hahahah..takla gurau-gurau manja je..semua orang pun boleh baca.

Ok..saya malas nak cerita persedian fizikal sebab rasenye semua orang tau da dari sudut tu. Tetapi anda harus ingat kahwin ni bukanlah perlu bersedia dari segi fizikal je..yang lebih penting ialah persedian mental..Kenapa???..haaa kahwin dulu nanti taula kenapa..hihih

Bila nak kahwin mesti la rasa seronok..takde kot yang nak kawin nangis meraung2 masam muka unless kena paksa kahwin..tapi kena ingat keseronokan tu hanya akan berkekalan jika anda membuat persedian yang sewajarnya dari segi mental. Anda perlu ingat perkara berikut:

1. BERKAHWIN DENGAN PASANGAN BERMAKNA ANDA KENA TERIMA SELURUH FAMILYNYA JUGA

Yang ni paling asas ye. Nampak simple je kan tetapi sebenarnya ramai yang terlepas pandang benda ni. Yelah bila sebelum kahwin semuanya ok.Family si dia baik la sporting la dan sebagainya. tapi tup tup lepas kawin terkejut ayam pulak. Rasa tak selesa la..tak sesuaila..dan bla bla bla..Tak boleh macamtu ye..Sis faham yang semuanya akan mengambil masa untuk serasi..Ambillah masa lama mana pun tetapi jangan give up dan terus cakap " eh aku tak sesuaila nak hidup dengan diorg ni"...this is wrong syg2..So bare in mind bila nak kahwin bersedialah untuk mengenali family pasangan. Layankan jela perangai mereka dan berlakon la sedikit untuk menjadi peramah walaupun hati anda tak berapa selesa. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. InsyaAllah suatu hari nanti bila anda sudah biasa anda akan mula rasa selesa.

2. JANGAN TERLALU MENGHARAP PASANGAN YANG ANDA KAHWINI SIKAPNYA SAMA SERATUS PERATUS SEPERTI ZAMAN  BERCINTA

Apabila berkahwin sememangnye kita mengaharapkan pasangan kita akan kekal romantic dan sweet2 sahaja sama seperti masa bercinta. Tetapi janganla terlalu mengharap ye. Biasala masa bercinta tak duduk serumah. Lepastu masa bercinta tu kita masih ada pesaing sebab belum menjadi hak milik lagi. So selalunya kita akan tunjuk kita la yang paling sempurna ye x??elehhh haaa jangan tipu semua pun macamtu kannn...hihihi..Bila dah duduk serumah baru kita nampak true colours. Klau sekali pun kita nak maintain ayu macho gitu..hmmm sampai bila setahun??..dua tahun??lama-lama mesti akan keluar gak sedikit sebanyak perangai kita yang biasa tu. Jadi kan dekat sini kuncinya terimala kekurangan masing-masing seadanya. Kita kahwin ni untuk saling melengkapi kan. Jadi kalau dua-dua da perfect secara individu buat apa nak kahwin ye x?..Jadi anggapla kekurangan itu la yang akan membuatkan kita saling lengkap-melengkapi.

3. MENGURUSKAN MASA

Haaaa..yang ni kena pandai ye. Especially untuk perempuan la.Ingat lepas kahwin anda bukan sahaja menguruskan diri anda malah ada lagi seorang untuk diuruskan. Kerja pun opkos la akan bertambah unless anda memang kaya raya n ada maid dua tiga orang. Baju kotor dah bertambah untuk dibasuh..jemur n lipat.Lepastu kena masak n mengemas. Yang kerja tu memang kena pandai plan or discuss dengan husband maybe selang-selang makan kat kedai/tapau n masak. Jadi jangan hanya fikir seronoknya berkahwin sebab dapat duduk serumah tapi bila kerja banyak mula mengeluh dan rasa stress. Lepastu rase menyesal pulak kahwin. Ish ish ish...sadis.

4. SENTIASA BERSEDIA BAHAWA AKAN ADA ORG BARU DALAM MASA TERDEKAT

Orang baru apa tu?..yang saya maksudkan ialah baby. Dah kahwin kan..jadi dapat baby tu normal la (sekarang yang  tak kahwin pun macam da jadi normal dapat baby..ishhh Nauzubillah). Ok lah yang ini persedian mental Nye kena lebih sikit. Anak tu rezeki cuma cepat atau lambat dapat tu semuanye dia tangan Dia. jadi bila ada baby naknye kebetulan pulak bunting pelamin haaa lepas sebulan kahwin da pregnant. Jika jadi begini kebiasaannya pasangan tidak mempunyai lama masa untuk bersama-sama terutamanya yang jenis bercinta lepas kahwin. Yelah tak berapa kenal betul2 tetiba dapat dah baby. Jadi bila dah tau pregnant masa pregnant tu luangkan masa sebanyak mungkin dengan pasangan sebab sesungguhnya 9 bulan tak la lama  mana. Mana yang nak bermanja tu masani la nak bermanja puas-puas ye sebab after 9 months ada seorang cinonet yang tentula lebey comey dari anda nak muncul da..hehe..sedikit sebanyak quality time berdua tu dah takde sangat. Dalam tempoh 9 bulan ni juga carila ilmu sebanyak mana tentang cara-cara nak handle baby especially yang memang tak biasa jaga baby. Supaya nanti bila baby dah keluar takla bila anak nangis non-stop korang berdua pulak yang bergaduh. Jangan ambil mudah perkara sebegini kalau rasa nak bahagia selamanya bersama.

5. KENA SENTIASA BERKOMUNIKASI

Ini pun sangat-sangat penting dalam sebuah perkahwinan. Berkomunikasilah selalu dengan pasangan anda untuk memeriahkan suasana. Ye memang betul kita dah duduk serumah tetapi bukan bermakna kena hadkan komunikasi. Kenapa masa bercinta dulu boleh bergayut berjam-jam..mesej selalu tetapi lepas kahwin semuanya hilang. Ibarat tiada topic untuk dibincangkan. Sentiasa la create topic untuk dibualkan dan belajarlah menjadi pendengar yang bagus terutamanya kaum Adam. Mendengar dan berbalas pandangan akan membuatkan pasangan anda sentiasa rasa disayangi. Perkara-perkara yang saya highlight di atas pun semuanya perlukan komunikasi baru menjadi. Jika ada salah faham jangan hanya memendam dan diam tetapi berkomunikasilah secara baik. Ketiadaan komunikasi dia antara suami dan isteri akan menjadi penyebab munculnye insan ketiga. Yelah..pada mulanya jadi tempat mengadu lepastu jadi benda lain pulak. Masalah yang kecik terus jadi masah besar bila ada orang ketiga. Jadi berbuallah,berceritalah,berguraulah selalu dengan pasangan masing-masing kerana itu penghubung kepada kemesraan yang berpanjangan. Tak semestinya nak bincang topic berat macam masalah ekonomi semakin merudum ke..hahah..adeiiii wat pening otak... yang simple simple  pun ok..janji kita saling communicate..

Hmmm...kalau nak tulis banyak lagi sebenarnya..tapi 5 yang atas tu kira perkara asas yang kita kena sematkan dalam hati sebelum menempuh perkahwinan. Memang seronok dapat berkahwin dengan yang tersayang tetapi akan lebih seronok jika perkahiwnan itu juga dapat dipertahankan hingga ke akhir hayat. Caranya ialah dari alam bercintan cintun lagi sentiasa beringat akan hal yang kita akan tempuhi selepas berkahwin. Persedian mental sangat penting. jangan hanya fikir nak cantik body je tapi persedian rohani Zero. Bila mak ayah tanya betul ke dah ready angguk-angguk tetapi anda tak sedar yang mak ayah risaukan adalah betul2 ke anda dah ready dari segi ketahan mental. Orang dulu-dulu sangat takut hal bercerai berai ni tapi people nowadays benda cerai berai ni dah jadi mainan mulut, jadi sayang-sayangku sekalian persiapkan lah diri anda secukup2nya sebelum menempuh ke fasa yg seterusnya. Berjumpa lagi untuk post seterusnya nanti..sekian :)

2 comments:

  1. Well2... Yg dh kawinjer akan phm benda2 kat atas ni.so for those yg bercita2 nk kawin,my advice.PIKIR MASAK2,jgn setengah masak OK.yg penting sikap toleransi n kerjasama.sedangkan lidah lg tergigit,inikan pula huby wife.so tepuk Dada Tanya hati,akal sumer.adakah anda sudah bersedia????renung2kan ye...

    ReplyDelete
  2. Kahwin ni satu permulaan yg kita sendiri kena pandai2 corakkan kalau nak sentiasa yg indah2 di masa depan :)

    ReplyDelete